CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 28, 2012

weakness

Selamat malam *_~

dah berapa hari tak hupdate blog ni kan..
sebab kekeringan cerita..
kehkehkeh..asyik cite tak menarik je sbb tu takde orang nk baca (malu ah!)

ok, back to track darlings!!

dengan pelbagai kejadian yg berlaku minggu ni (especially hari ni),
maka....................................

saya baru menyedari 1 hakikat bahawa,
saya xboleh bersama dengan orang yg degil..haha
sebab kalau kami bertegang leher, bertegang urat atau apa saje yg tegang dkt sini 
maka...(cehhh maka lagi!) 

saya susah nak mengaku kalah!

dan yang paling penting!

mulut susah nk cakap perkataan "SORRY/MAAF"..

OWH MY WEAKNESSS..

remind to myself : belajar mengalah dan katakan maaf..

throw away ur ego..hehe 
thanks for u guy, if it not happen this evening then i will not realise..
so teruk la me!! hehehe

Saturday, December 22, 2012

tentang masa


22 Mei 2012 - 22 Dis 2012
7 bulan berlalu

nak potong kek x?
xmau...
nak tiup lilin x?
xmau..

dah tu mau apa?
mau undurkan masa..

 
 
 

Selamat sudah..

Hari ni mesti kita tertumpu pada majlis perkahwinan 
ann ngasri bersama pasangannya (xingat nama..ahh xpenting..kuikui)
yang telah selamat bernikah pada jam 11.00 pagi..(wahh detailnye aku!!)

emm...teringat pulak apa yang alif aziz sedang buat sekarang ni..
buah hati kesayangan telah selamat menjadi milik orang..
dia pasti doakan kebahagiaan dorang ni kan..
walaupun hati dia..ohh tidak :(

dah selamat dah pun..cantiknyeee (ann sahaja)..hehehe

dan yang sebenarnya...
tujuan utama tulis entri ni....
emmmm..
emmmmmmmm

minggu depan..
turn aku pulak rasa apa yang alif aziz rasa..(cewahh bajet retiss ke??)
serius sikit leh x zura??! 
ok..ok

aku mohon kekuatan saje pada Allah swt supaya aku dapat terima kehilangan itu..
harap aku tak berapa nak keluarkan airmata minggu depan..

:'(
p/s: awak..jangan kawen boleh x..

Friday, December 21, 2012

Pesanan penaja...pepagi hari.

Tengok pada tajuk kat atas
ha, ye! dapat pesanan penaja pepagi hari ni.
cakap je la nak gerakkan aku sembahyang subuh..hehehehe

Tak tahu patut balas mesej tu @ xperlu balas @ delete terus dan sambung tido..
hehe..kalau ex kau bagi mesej cenggitu leh kau sambung tido ke??

Adoi, waddespoil la pepagi buta yang indah sedang dilampun mimpi ni kan..
tetiba sedeyyy sedeyyyyyyy pulaks...deyyyyyy kasi panjang sikit..hehe (eh gelak pulak)

ok tukar nada..*serius*

Mungkin dia tetiba teringat kot @ takut aku doa yang tak baik kat dia, 
jadi lebih baik mintak maaf cecepatkan kan kan..

ada ayat yang xboleh bla la aku rasa..
anggap sebagai pengajaran?? what the #@%!
hei..sabar sabar (sambil urut janggut)
eh janggut??

hmmm...
doa aku dimakbulkan mungkin..
tapi bila dapat, rasa kenapa ayat macam tu pulak..
kan dah sedeyyyy..eh deyyyy lagik.
tu la, lengkali mintak mintak!
eeee..awat hang degil sgt. piat tinga sat g..

dan dalam gelak-gelak ni sebenarnya nak bagitau,
aku sedih sangat..sedih sangat-sangat..sedih yang tak tahu kuasa berapa..

*pause*

aku dah mention la aku sedeyyyy dekat atas..
eh lupa laks!  wing wing!

ye, awak yang saya sayang..
terima kasih atas nasihat itu..
walaupun kita nampak seperti 'mainkan' nasihat tu,
tapi..
memanglah, takkan kita nak tunjuk pulak..

ye..ye..
kita akan cari pengganti awak..
tapi buat masa sekarang, Tuhan masih belum izinkan..
Susunan dariNya kita kena ikut..
bahagia awak sampai dulu,
mungkin kita punya bahagia lambat sikit dari awak..

dan kita tak nak g keje dengan mata bengkak,
so pls next time jangan mesej kita time cenggitu ye..

no next time la zura! 
dia dah ada bini nanti, no more mesej k! 
ummp..
ok..ok..memang pun..sory..

dan pesanan penaja pagi hari ni berbunyi :

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi..
ewah! nk tumpang mandi yeee..hehe
ok ok pesanan yang betul adalah...

HEHEHE..XPAYAH MENTION LA.
KITA SIMPAN UNTUK KITA JE..
sory ok..harap semua faham.

Doa yang baik-baik untuk kita..:'(




 

 




 

 

Saturday, December 15, 2012

Kehidupanku Part II

Kebosanan melebihi segala-galanya
walaupun banyak kerja yang masih tertangguh
tetapi kenapa aku memilih untuk melepak sebegini..

Barangkali kerna asyik dengan kerja,
lalu aku mula malas setiba di rumah..
semuanya seperti tidak terjaga..
termasuk diri sendiri

Aku tidak mahu habiskan sisa hidup
sebegini setiap hari dan saban tahun..
kehilangan dia seperti kehilangan segalanyakah??
Ohh tidak..........
aku masih ada harta lain..
tapi kenapa masih begini..

Tolonglah diri..
jangan diseksa sebegini
teruskan kehidupan..
cepat lupakan kesengsaraan..
buang ia jauh..
bangkit untuk mencari kehidupanmu yang hilang itu kembali..

Tuhan itu ada
Berceritalah sama Dia..
kongsi segalanya..

Dan lakukan semua perbuatan baik kerana Dia..
 

Friday, December 14, 2012

Kehidupanku..

Kehidupanku,
lebih kepada kerja dari segalanya

Kehidupanku,
agak membosankan
barangkali sebab itu aku juga nampak begitu

Kehidupanku,
kenapa tertumpu kepada tugasanku semata 
aku patut menikmati kehidupan
bergembira kadangkala dengan dunia luar

Kehidupanku,
sampai bila harus begini
aku perlu lebih pandai membahagi masa
aku perlu mencari kehidupan yang lebih menyeronokkan
selain urusan kerja

Kehidupanku,
semoga Allah memberkatinya,
semoga aku dapat menikmati kehidupan selagi ada,
semoga aku dapat mencari kegembiraanku

Dan semoga ada kehidupan untukku di luar sana
Terimalah aku
Ooh kehidupan..

Thursday, November 29, 2012

Followers

For those who are read my blog : I would like to say THANK YOU
Kindly please give me ur support.
I know my writing are still not interesting yet..
Will make sure to put more effort to make this blog more b liking by yours.
Comes as my FOLLOWERS..pls ^_^
till then, tatatititutu !! 


 

Tuesday, November 27, 2012

bertunang sudah si dia..

malam yang sunyi lg hening
aku terbaca..
ye terbaca.

engaged with..
ha??
owh i c..

what going to say..

kelu sekejap..

merancang pernah dulu..
tp xpernah jadi..
tp WOOW!

kenapa dgn dia cpt sgt ni??

apa aku nk buat ni??
dia dah jadi milik org..
kenapa dengan aku xpernah jadi..
kenapa
kenapa
kenapa??

KENAPA................................................................:'(

Thursday, November 22, 2012

Isu keberhutangan serius..anda salah seorang daripadanya???

Isu keberhutangan serius - isu sensitif melibatkan kakitangan awam amnya.

SITUASI 1 - Menunggu pergerakan gaji tahunan diterima
Puan, kenaikan gaji saya bulan bila ye? Kenapa masih belum dapat lagi.

SITUASI 2 - Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji
Puan, agak2 bila gaji baru dapat ek?


Hmm..tujuannya xlain xbukan adalah mahu buat pinjaman. Sebahagiannya selagi xmencecah tepat 60% masih boleh buat lg la kan???

*pause*

Apa tujuan sebenar nk buat pinjaman tu ye?
Kalau kau buat sbb kau nk tukar telipon tangan baru, nak beli baju baru sbb raya nk dkt la...nk balik kg xde baju baru, owh nk buat duit belanja nk balik kg jgk..nk g jenjln cm ne? nk bwk 1 famili kuar nanti nk belanja2..haisshhh $_$ solusinya - PINJAMAN YUPPP PINJAMAN!!!

Hmm..tolonglah cari solusi lain untuk mengatasi masalah duit anda. 

Wednesday, November 21, 2012

tanya sama hati

Bahgiakah kita apabila mendirikan kebahagian di atas kekecewaan orang lain..

Friday, November 16, 2012

Larian Jom! Kitar Semula & Habitat

Jom sertai Program Larian Jom! Kitar Semula 2012 anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) !! Program ini juga diadakan serentak di seluruh negeri (kecuali Negeri Perak, Selangor & Pulau Pinang).

Banyak hadiah2 menarik yg ditawarkan beserta cabutan bertuah!!!









WAH!! ADA HADIAH MOTOR LA!!





Tapi......jgn lupa bawak sekali barangan kitar semula tau!
seperti :

Surat khabar - minimum 5 naskah
Botol air - minimum 10 botol
Tin air  -  minimum 10 tin

jd jgn lupa janji kita esok ek!!


Thursday, November 8, 2012

الله


واتقواالله ان الله غفورحيم
Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang - Surah Al-Anfal : ayat 69


والله عليم حکيم
Allah Mengetahui Lagi Maha Bijaksana - Surah Al-Anfal : ayat 71

Monday, November 5, 2012

SPM

9 TAHUN LEPAS AKU MENGAMBILNYA..
masa tu yang paling yakin jawab xlain xbukan mesti
bm, maths dan akaun..
subjek feveret.

bila kuar result mmg tu je la yg dapat A.
itu saje yg ditarget..
yang lain?
baca buku tp bkn faham sepenuhnya walaupun masa tu aku patutnya dah dlm keadaan bersedia untuk mengambilnya..
itu perjuangan antara hidup dan mati 
urusan masa depan 
penentu kejayaan..
aem nk masuk U mcm angah.

semua nk follow dia..
dari tadika smpi U.

esok pagi
sudah tiba gelaran untuk mereka2 pula untuk mengambil SPM
anda penentu masa depan buat diri sendiri.
semoga apa yg dipelajari dan diulangkaji dapat diluahkan dlm penulisan
dan catatan anda dalam kertas jawapan esok.

"WISH ALL OF SPM STUDENT GUD LUCK & MAY GET THE FLYING COLOURS RESULT"

BERKUAT BERTABAH BERSABAR DAN BERIMAN

BERTEGUH
BERSABAR
BERKUAT
BERIMAN

PERCAYA PADA TAKDIR
TIADA YANG MUSTAHIL
SEGALANYA BOLEH DICAPAI
SEGALANYA BOLEH DIGENGGAM

BERKUAT
BERTEGUH
BERIMAN
BERSABAR

SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR SABAR DAN SABAR LAGI......................

SUDAH-SUDAHLAH..
BERJUANG UNTUK BERSABAR
BERKUAT UNTUK HATI
BERTEGUH DENGAN KEPERCAYAAN
BERIMAN DENGAN ALLAH

INNALILLAH...

................

Apa lagi yg tidak berpuas hati..
masa dibuai mimpi sprt yg lain dihabiskan utk berfikir tentang bda yg sama..
sampai bila?
sampai bila akan terus bermain..akan terus mempersoal tentang takdir itu
aku juga tidak pasti.

sambil mendengar alunan ayat suci yg diputarkan di radio..
sambil berasa tidak keruan dengan titik demi titik manik air yg jatuh dari siling..
sambil ditemani dengan nyanyian cengkerik di luar rumah..
juga sambil didendangkan dengan tangisan ank kecil sebelah rumah..bermimpi barangkali atau mungkin dahagakan susu diwaktu yang hening sebegini..

segala yang terlintas dicoret di skrin
tanpa mempeduli segala kutukan
kerana ini tempatku
biar contengan ini menceritakan segala
untuk aku..

*back to top*

apa benarkah itu penggantinya
adakah mereka sealiran
bagaimana ia boleh terjadi
di mana permulaan dan pengakhirannya
kenapa aku perlu peduli

segala yang sahih jgn dinafikan wahai diri..
segala yang tertulis harus ditempuhi dengan redha hati..
doakan sahaja agar mereka bahagia

 ahhhh!!
aku ingin menjerit sekuat hati..
semoga Dia mendengar segala rintihan ku..
semoga Dia memberi kekuatan kepada ku..
semoga ketabahan hati aku dianugerahkan..

*stuck*



Friday, October 19, 2012

Entry Cinta

Tak boleh baca entry tentang cinta..
nanti teringat dia meleleh tetiba..
jadi jgn baca ok.

Tuesday, September 18, 2012

Kelmarin

Kelmarin..
barangkali kerna terlalu rindu
membuat aku sehingga dua kali bermimpi mu
aku tak pasti apakah yang dimimpikan
satu ku pasti aku TERAMAT YE TERAMAT MERINDUI..

Kelmarin..
perasaan ini benar tidak dapat dibendung
air mata kerinduan tertumpah lagi
membawa beribu kenangan

Sunday, September 16, 2012

Tangisan

menangislah apabila kau sedih..
walaupun luka masih belum bisa sembuh,
tapi ia bisa melegakan..T_T

Friday, August 31, 2012

Cinta

Allah itu Maha Besar Maha menentukan sesuatu yang terbaik untuk hambanya
Dia tidak akan menurunkan dugaan itu untuk umat yang tidak mampu
Segalanya telah tertulis untuk seuatu yang datang dan juga pergi dalam hidupku
apa yang akan terjadi hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui

Dia hadir adalah atas izinNya
Dia pergi juga atas izinNya
Dia kembali dan pergi sekali lagi juga atas keizinan dariNya
aku harus tabah dan menerima segala yang ditakdirkan..

walaupun aku berat untuk kehilangan cinta itu yang kuharapkan adalah yang terakhir dalam hidupku tapi Dia Maha Mengetahui segala-galanya
Maha menurunkan sesuatu untuk menguji sejauh mana kesabaran dan kekuatan hambaNyaa
ku rindu saat manis dan pahit itu bersama dia
insan yang kugelar 'ya' dan 'sayang' itu
apalah kudratku untuk memberhentikanya dari berlalu dari hidupku
dari menyatakan ayat selamat tinggal kepadaku
dari menjauhkan terus hidupnya dari aku..

aku sunyi saat aku dilanda masalah @ dikala aku dalam kegembiraan
Dia tempat ku berbicara..dan berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupanku selain Tuhan yang satu..
kini..dengan Allah hanya tempatku menceritakan segalanya tentang dia dan perasaan ku saat ditinggalkan dan saat aku benar-benar memerlukan seseorang itu sebagai peneman
Sesungguhnya besar harapanku agar Tuhan menemukan aku kembali cinta itu
Sebagai pelengkap kehidupanku..

dan untuk dia yang masih ku sayang dan kucinta..
semoga kau berbahagia dengan jalan yang kau pilih untuk hubungan kita..
maafkan aku untuk segalanya
walaupun aku tidak diberi kesempatan untuk terakhir kali bersamamuaku redha..
semoga kita menemui pengganti cinta kita yang diberkati dan dirahmati oleh Allah dan juga keluarga..
semoga Tuhan senantiasa melindungimu dalam rahmatnya
akan ku simpan sayang dan cinta hatiku ini baik-baik dalam lipatan kenangan antara aku dan engkau suatu masa dulu..

Thursday, July 26, 2012

Ptg ni td aku nmpk kereta dia dkt parking.. maksudnyeee?? dia ada dkt sini la. walaupun aku rindu dgn kereta dan tuannya, entah kenapa aku xnk pandang pun kereta tu.. walhal bila lalu dkt parking tu kdg2 teringat tmpt dia sll park kereta.. dan baru sekejap aku sprt terdgr bunyi kereta itu.. lama sudah x kedengaran.. bila aku mendgr cerita pasal dia, hati aku berdebar.. menangis sendiri di dlm hati.. sepjg hari blh jd xkeruan..mcm hari ni. boleh aku g tgkp jap gmbr kete tu buat kenangan x??? T_T

Monday, July 23, 2012

Tentang Rasa

Dua bulan dah berlalu..
Apa yg aku rasa??
1. Sunyi..sudah semestinya
2. Aku xde tmpt nk mengadu, berkongsi dan bermanja..
3. Aku sll teringat akan dia..(of coz la kan)
4. Aku menangis dan hanya blh mengadu pd Tuhan yg satu di atas sana..
5. Byk kenangan yg masih blm blh lupa..
6. Aku nk kejar tp mst xblh la kan...
7. Aku msh cemburu walau dia bkn milik aku lg..
8. Aku RINDU dia sgt sgt sgt sgt..
9. Aku tgh nangis skrg ni..sob sob sob..T_T

Friday, June 29, 2012

Harapan

sudah sebulan lebih aku keseorangan.. terasa sgt sunyinya tiap hari.. aku sudah pun berhenti berharap untuk dia kembali kepada ku.. sudah tidak diizinkan lagi untuk bersama.. aku redha.. aku cuba mencari pengganti untuk kamu syg.. semoga kau doakan kebahagian aku sebagaimana aku mendoakan kamu.. pintu hati ku ini perlukan seseorang.. sesiapa sahaja yang mencuba akan ku terima.. semoga Allah memberi peluang untuk ku mengecapi rasa CINTA itu buat sekelian kalinya.. semoga diizinkan untuk aku bertemu kesayanganku yang dapat membahagiakan aku sehingga akhir nafasku kelak... akan aku jaga dan akan ku semai agar ia kembang mekar agar masjid kehidupanku dapat dibina dengan bahagia dengan restu Allah dan keluarga... Ya Alah rahmati aku.. rahmati setiap perlakuanku.. makbulkan doaku ini Ya Allah.. semoga hati ini ceria kembali... Ya Allah, bimbinglah aku... Lindungi dia Ya Allah walau di mana dia berada.. pimpin dia Ya Allah ke jalan Mu.. amin...

Monday, June 25, 2012

Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga :O(

malam...
ku tidur tak lena teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu
mengalir air mataku menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu sukarnya ku untuk melupakanmu
dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba pertahankan namun dirimu pergi jua
cintamu bagaikan rembulan yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg
 kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

*dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba pertahankan namun dirimu pergi jua
cintamu bagaikan rembulan yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg
kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku menemani mlm sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu...

Tuesday, May 29, 2012

Kehilangan

masuk hari ni dah 2 minggu dia menghilang.. aku tak tahu mana dia pergi, apa dia buat..lgsg aku tak tahu. dia betul2 menyembunyikan diri dari aku.. tp sampai bila... aku xnak berputus asa terlalu cepat.. aku akan menunggu dan terus menunggu andai benar tiada jodoh lagi aku mohon pada Tuhan semoga aku dapat melupakan dia.. jika masih ada sinar, aku mohon agar kasih sayang ini akan kuat dan bertambah utuh.. semoga kau tidak melupakan aku wahai sayang..

Monday, May 28, 2012

Kenangan mengusik jiwa..

Sudah genap 2 minggu..ha? cepatnye masa berlalu.. terasa seperti kau masih di sisi.. menemani aku setiap pagi sehingga pejam mataku dikala malam.. wahai sayang..aku amat merinduimu..

Wednesday, May 23, 2012

Bu sayang ya!

Kapan lagi bilang I love You

Kau pernah bilang aku
Setengah matimu mengejar cintaku
Tapi sekarang kamu bukanlah kekasih yang ku kenal dulu
Kau berubah semakin jauh
Sudah tak mencintaiku lagi

Kapan lagi kau puji diriku
Seperti saat engkau mengejarku
Kapan lagi kau bilang I love you
I love you yang seperti dulu
Yang dari hatimu

Kapan lagi kau puji diriku
Seperti saat engkau mengejarku
Kapan lagi kau bilang I love you
I love you yang seperti dulu

Tuesday, May 22, 2012

kehilangan


Sayang, kenapa ianya terjadi lg..
sedangkan aku tidak berkehendakkan ia dr berlaku..

Sayang, kenapa kt perlu berdepan lg situasi begini..
bahagia yg dikecapi hanya sementara..
dipinjam oleh Tuhan cinta itu untuk kt semai ia semula..
untuk kt tanamkan kembali benih yg dulunya tidak menjadi..

Sayang, apakah kt telah mensia2kan peluang yg diberikan..
dimana silapnya kt..

Sayang, aku masih menantimu..
setiap saat dan ketika hanya kau yg ku kenang..
niatku bukan memaksa..
tetapi ketahuilah sayang bahawa aku tidak tegar keseorangan tanpa mu lg disisi..
cukuplah sekali kau berjauhan dr ku..
sesungguhnya aku memerlukan mu..

kembalilah kau sayang..
tempatku bermanja..

Friday, May 4, 2012

Afifi yang ku sayang

Manjakan saya..
Bawak saya makan bila saya lapar..
Belikan barang dapur saya kadang2..
Suka usap kepala dan dahi saya..
Suka bawak saya pergi tgk wayang..
Suka bawak saya ronda naik kereta dan lepak2 di Putrajaya..
Pandai buat lawak..
Ramai peminat wanita..

Jumaat yang mulia

Alhamdulillah..anak saudaraku selamat dilahirkan ke dunia.

Saturday, February 4, 2012

Fasa baru kehidupan

Hari ni aku ke majlis perkahwinan sahabat di UiTM dulu. Terpancar cahaya di wajah mempelai apabila berada di atas pelamin. Seorang lagi dari sahabat ku telah melalui fasa baru dalam hidupnya. Syukur alhamdulillah...

Seperti kebiasaan setelah dia pergi dari hidup ku...ke mana saja ku pergi pasti dia yg akan ku ingati. Aku tertanya-tanya kenapa hubungan kami terputus di tgh jalan setelah hampir 3 tahun perkenalan kami...byk benda yg ku angankan bersama dia. Tidak terfikir orang lain yg akan menggantikannya kerana ku anggap dialah yg terakhir utk ku.. Tp apakan daya takdir Tuhan menentukan segalanya..

Kadang aku terfikir aku sprt hilang punca tanpa dia. Terasa ingin jari jemari ini menekan papan kekunci telefon untuk bertanya perkabaran tentang dirinya. Sesungguhnya aku sgt merindui dia..aku rindukan suaranya..aku rindu segala-galanya tentang dirinya.. Semoga ada keajaiban dari yg Maha Esa untuk kami..

Sayangku afifi...
Yang, bu syg ya sorang je dlm hidup bu..
Meski hati bu teramat sakit dgn kata makian ya
tp entah kenapa bu tak dapat lupakan ya...
tak dapat nak lupakan kenangan kt..terlalu byk yang.
Maafkan bu untuk segalanya.
Jaga diri ye sayang..

Tuesday, January 10, 2012

Tanggal 09 Jan 2012, Jam 19.05

Akhirnya ikatan kami terlerai juga smlm...1 tamparan hebat dr dia, aku sprt sudah ditolak ke dlm gaung. Aku ingin menjerit meminta tolong..tp suara ku tidak kedengaran lg. Aku betul2 dibuang ke tepi oleh dia..xingin dikutip lg. Apa salah aku sehingga dia sanggup melupakan aku. Sudah hampir 3 tahun hidupku ditemani dia... Dia sumber inspirasiku..

Sayang, sesungguhnya aku amat mencintaimu..jgn lepaskan genggaman tanganmu dariku.
Aku rindukan mu sayang..teramat rindu. T_T