CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 4, 2012

Fasa baru kehidupan

Hari ni aku ke majlis perkahwinan sahabat di UiTM dulu. Terpancar cahaya di wajah mempelai apabila berada di atas pelamin. Seorang lagi dari sahabat ku telah melalui fasa baru dalam hidupnya. Syukur alhamdulillah...

Seperti kebiasaan setelah dia pergi dari hidup ku...ke mana saja ku pergi pasti dia yg akan ku ingati. Aku tertanya-tanya kenapa hubungan kami terputus di tgh jalan setelah hampir 3 tahun perkenalan kami...byk benda yg ku angankan bersama dia. Tidak terfikir orang lain yg akan menggantikannya kerana ku anggap dialah yg terakhir utk ku.. Tp apakan daya takdir Tuhan menentukan segalanya..

Kadang aku terfikir aku sprt hilang punca tanpa dia. Terasa ingin jari jemari ini menekan papan kekunci telefon untuk bertanya perkabaran tentang dirinya. Sesungguhnya aku sgt merindui dia..aku rindukan suaranya..aku rindu segala-galanya tentang dirinya.. Semoga ada keajaiban dari yg Maha Esa untuk kami..

Sayangku afifi...
Yang, bu syg ya sorang je dlm hidup bu..
Meski hati bu teramat sakit dgn kata makian ya
tp entah kenapa bu tak dapat lupakan ya...
tak dapat nak lupakan kenangan kt..terlalu byk yang.
Maafkan bu untuk segalanya.
Jaga diri ye sayang..