CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 28, 2012

weakness

Selamat malam *_~

dah berapa hari tak hupdate blog ni kan..
sebab kekeringan cerita..
kehkehkeh..asyik cite tak menarik je sbb tu takde orang nk baca (malu ah!)

ok, back to track darlings!!

dengan pelbagai kejadian yg berlaku minggu ni (especially hari ni),
maka....................................

saya baru menyedari 1 hakikat bahawa,
saya xboleh bersama dengan orang yg degil..haha
sebab kalau kami bertegang leher, bertegang urat atau apa saje yg tegang dkt sini 
maka...(cehhh maka lagi!) 

saya susah nak mengaku kalah!

dan yang paling penting!

mulut susah nk cakap perkataan "SORRY/MAAF"..

OWH MY WEAKNESSS..

remind to myself : belajar mengalah dan katakan maaf..

throw away ur ego..hehe 
thanks for u guy, if it not happen this evening then i will not realise..
so teruk la me!! hehehe

Saturday, December 22, 2012

tentang masa


22 Mei 2012 - 22 Dis 2012
7 bulan berlalu

nak potong kek x?
xmau...
nak tiup lilin x?
xmau..

dah tu mau apa?
mau undurkan masa..

 
 
 

Selamat sudah..

Hari ni mesti kita tertumpu pada majlis perkahwinan 
ann ngasri bersama pasangannya (xingat nama..ahh xpenting..kuikui)
yang telah selamat bernikah pada jam 11.00 pagi..(wahh detailnye aku!!)

emm...teringat pulak apa yang alif aziz sedang buat sekarang ni..
buah hati kesayangan telah selamat menjadi milik orang..
dia pasti doakan kebahagiaan dorang ni kan..
walaupun hati dia..ohh tidak :(

dah selamat dah pun..cantiknyeee (ann sahaja)..hehehe

dan yang sebenarnya...
tujuan utama tulis entri ni....
emmmm..
emmmmmmmm

minggu depan..
turn aku pulak rasa apa yang alif aziz rasa..(cewahh bajet retiss ke??)
serius sikit leh x zura??! 
ok..ok

aku mohon kekuatan saje pada Allah swt supaya aku dapat terima kehilangan itu..
harap aku tak berapa nak keluarkan airmata minggu depan..

:'(
p/s: awak..jangan kawen boleh x..

Friday, December 21, 2012

Pesanan penaja...pepagi hari.

Tengok pada tajuk kat atas
ha, ye! dapat pesanan penaja pepagi hari ni.
cakap je la nak gerakkan aku sembahyang subuh..hehehehe

Tak tahu patut balas mesej tu @ xperlu balas @ delete terus dan sambung tido..
hehe..kalau ex kau bagi mesej cenggitu leh kau sambung tido ke??

Adoi, waddespoil la pepagi buta yang indah sedang dilampun mimpi ni kan..
tetiba sedeyyy sedeyyyyyyy pulaks...deyyyyyy kasi panjang sikit..hehe (eh gelak pulak)

ok tukar nada..*serius*

Mungkin dia tetiba teringat kot @ takut aku doa yang tak baik kat dia, 
jadi lebih baik mintak maaf cecepatkan kan kan..

ada ayat yang xboleh bla la aku rasa..
anggap sebagai pengajaran?? what the #@%!
hei..sabar sabar (sambil urut janggut)
eh janggut??

hmmm...
doa aku dimakbulkan mungkin..
tapi bila dapat, rasa kenapa ayat macam tu pulak..
kan dah sedeyyyy..eh deyyyy lagik.
tu la, lengkali mintak mintak!
eeee..awat hang degil sgt. piat tinga sat g..

dan dalam gelak-gelak ni sebenarnya nak bagitau,
aku sedih sangat..sedih sangat-sangat..sedih yang tak tahu kuasa berapa..

*pause*

aku dah mention la aku sedeyyyy dekat atas..
eh lupa laks!  wing wing!

ye, awak yang saya sayang..
terima kasih atas nasihat itu..
walaupun kita nampak seperti 'mainkan' nasihat tu,
tapi..
memanglah, takkan kita nak tunjuk pulak..

ye..ye..
kita akan cari pengganti awak..
tapi buat masa sekarang, Tuhan masih belum izinkan..
Susunan dariNya kita kena ikut..
bahagia awak sampai dulu,
mungkin kita punya bahagia lambat sikit dari awak..

dan kita tak nak g keje dengan mata bengkak,
so pls next time jangan mesej kita time cenggitu ye..

no next time la zura! 
dia dah ada bini nanti, no more mesej k! 
ummp..
ok..ok..memang pun..sory..

dan pesanan penaja pagi hari ni berbunyi :

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi..
ewah! nk tumpang mandi yeee..hehe
ok ok pesanan yang betul adalah...

HEHEHE..XPAYAH MENTION LA.
KITA SIMPAN UNTUK KITA JE..
sory ok..harap semua faham.

Doa yang baik-baik untuk kita..:'(




 

 




 

 

Saturday, December 15, 2012

Kehidupanku Part II

Kebosanan melebihi segala-galanya
walaupun banyak kerja yang masih tertangguh
tetapi kenapa aku memilih untuk melepak sebegini..

Barangkali kerna asyik dengan kerja,
lalu aku mula malas setiba di rumah..
semuanya seperti tidak terjaga..
termasuk diri sendiri

Aku tidak mahu habiskan sisa hidup
sebegini setiap hari dan saban tahun..
kehilangan dia seperti kehilangan segalanyakah??
Ohh tidak..........
aku masih ada harta lain..
tapi kenapa masih begini..

Tolonglah diri..
jangan diseksa sebegini
teruskan kehidupan..
cepat lupakan kesengsaraan..
buang ia jauh..
bangkit untuk mencari kehidupanmu yang hilang itu kembali..

Tuhan itu ada
Berceritalah sama Dia..
kongsi segalanya..

Dan lakukan semua perbuatan baik kerana Dia..
 

Friday, December 14, 2012

Kehidupanku..

Kehidupanku,
lebih kepada kerja dari segalanya

Kehidupanku,
agak membosankan
barangkali sebab itu aku juga nampak begitu

Kehidupanku,
kenapa tertumpu kepada tugasanku semata 
aku patut menikmati kehidupan
bergembira kadangkala dengan dunia luar

Kehidupanku,
sampai bila harus begini
aku perlu lebih pandai membahagi masa
aku perlu mencari kehidupan yang lebih menyeronokkan
selain urusan kerja

Kehidupanku,
semoga Allah memberkatinya,
semoga aku dapat menikmati kehidupan selagi ada,
semoga aku dapat mencari kegembiraanku

Dan semoga ada kehidupan untukku di luar sana
Terimalah aku
Ooh kehidupan..