CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 6, 2016

Sambung Pengajian...yahhhooooo!!

Lamanya tak luah perasan dalam blog ni. maaf blog sebab abaikan awak..hari ni saya cuci awak sikit ye..hihi

Aku mohon sambung study bulan 12 tahun lepas. Kalau ikut jadual, kemasukan bulan Mac 2016. Bila dah diluluskan rupanya pendaftaran bulan 2 ikut dalam surat. Aku kelam kabut la..sebab sijil MUET tak de lagi. Aku terhilangkan sijil tu..ingatkan tak penting. haha..mentang-mentang result tak bagus.

Banyak dugaan betul nak sambung. Dah la 9 tahun tunggu peluang. Memang boleh minta bila-bila je, tapi dari pengangkutan dan kewangan tu yang jadi penghalang. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak.

1. Bila sijil MUET takde, makanya aku kena mohon salinan pada Majlis Peperiksaan, Untuk mohon,   boleh pergi sendiri ke Majlis peperiksaan atau isi borang yang ada dalam web dorang. Bayaran RM20 bagi permohonan kali pertama. Aku guna wang pos sebab urusan aku bukan dibuat di kaunter Majlis Peperiksaan. Sertakan juga pos daftar RM2.20 dan setem RM2 serta sampul surat saiz A4. Dalam hal ni nasib baik sijil sampai lagi 3 hari nak pendaftaran. Sebabnya masa tu minggu raya cina...minggu sebelum tu pos dah tak jalan...katanya la...

2. Bayar yuran sem 1..RM1,299.00 campur caj perkhidmatan bank RM1.05..jumlah semua RM1,300.05...macam2 caj. Dah settle sebelum register hari tu. Tup2 baru semalam aku tengok bil dah bertambah lagi RM100...aku pun tak pasti caj apa yang pihak universiti tambahkan...hangin betul...

3. Niat dihati nak mohon bantuan baitulmal. Jadi aku pun pergi la ke kaunter untuk memohon. malangnya, zakat pelajaran tidak lagi diberikan kepada pemohon yang belajar secara separuh masa. Ya Allah, dugaan apakah ini. Boleh ke nak kumpul duit sendiri ni... :(

4. Bila dah start kelas pastinya akan kena beli buku. Beli-beli jugak jadi aku pun pergi la nak amik baucar buku. Bila dah sampai giliran katanya nama takde dalam senarai. aik... pergi unit kewangan, rupa-rupanya baucar buku sem ni tak dapat sebab tak termasuk dalam belanjauan tahunan... hahhhh macam tu rupanya...almaklumla masa zaman dip dulu takde baucar buku bagai. Dugaan lagi...

5. Masa aku cari buku pun 1 hal...dari klang, s.alam, KL, KLCC semua aku cari tapi katanya stok habis dan akan sampai hujung bulan april. apa?? macam mana nak belajar ni...sampai rasa serabut dah fikir pasal buku..akhirnya 1 hari aku buat panggilan lagi dekat kedai buku di shah alam. Alhamdulillah katanya ada 20 unit buku yang dipulangkan oleh pensyarah. Alhamdulillah..alhamdulillah...trmksh Allah. akhirnya 3 buku dah selamat dibeli dengan duit gaji..alhamdulillah terima kasih Allah. Harga pun nampak gaya jauh beza dari yang kawan-kawan aku beli dekat kedai luar. Alhamdulillah jimat sikit.

6. Berbalik pada permohonan pembiayaan pendidikan. Aku buat keputusan nak mohon pinjaman PTPTN. Syarat-syarat perlu buka akaun SSPN-i...dulu pun takde benda alah ni..hehe aku dah buat, nasib baik boleh bayar serendah RM20. Aku mohon la semalam secara online, tapi ada lagi halangan...akaun bank islam aku tak adaaaaaa.. haishhh, nak buat boleh...tapi duit lagi. Ntah berapa la pihak bank kenakan bagi kemasukan pembukaan akaun baru. nanti la..aku tunggu gaji bulan 4 ni aku buat.

Kesimpulannya, persediaan tu memang penting. Tak kira dari segi kewangan mahupun fizikal dan mental. rasa hati nak menjerit tengok semua ni...tapi aku fikir aku bukan budak-budak lagi macam zaman dip dulu. Sekarang dah besar dan lebih matang nak hadapi hari-hari mendatang. Jadi aku kena kuat. Aku kena tempuh sebab aku yang pilih jalan ni. Nak majukan diri kenalah buat sikit pengorbanankan. Doakan aku berjaya sehingga menggenggam segulung ijazah ye Allah. Berkati dan rahmati Aku Allah. Restukan aku untuk menyambung pengajian.

Terima kasih Allah. :)