CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 6, 2016

Sambung Pengajian...yahhhooooo!!

Lamanya tak luah perasan dalam blog ni. maaf blog sebab abaikan awak..hari ni saya cuci awak sikit ye..hihi

Aku mohon sambung study bulan 12 tahun lepas. Kalau ikut jadual, kemasukan bulan Mac 2016. Bila dah diluluskan rupanya pendaftaran bulan 2 ikut dalam surat. Aku kelam kabut la..sebab sijil MUET tak de lagi. Aku terhilangkan sijil tu..ingatkan tak penting. haha..mentang-mentang result tak bagus.

Banyak dugaan betul nak sambung. Dah la 9 tahun tunggu peluang. Memang boleh minta bila-bila je, tapi dari pengangkutan dan kewangan tu yang jadi penghalang. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak.

1. Bila sijil MUET takde, makanya aku kena mohon salinan pada Majlis Peperiksaan, Untuk mohon,   boleh pergi sendiri ke Majlis peperiksaan atau isi borang yang ada dalam web dorang. Bayaran RM20 bagi permohonan kali pertama. Aku guna wang pos sebab urusan aku bukan dibuat di kaunter Majlis Peperiksaan. Sertakan juga pos daftar RM2.20 dan setem RM2 serta sampul surat saiz A4. Dalam hal ni nasib baik sijil sampai lagi 3 hari nak pendaftaran. Sebabnya masa tu minggu raya cina...minggu sebelum tu pos dah tak jalan...katanya la...

2. Bayar yuran sem 1..RM1,299.00 campur caj perkhidmatan bank RM1.05..jumlah semua RM1,300.05...macam2 caj. Dah settle sebelum register hari tu. Tup2 baru semalam aku tengok bil dah bertambah lagi RM100...aku pun tak pasti caj apa yang pihak universiti tambahkan...hangin betul...

3. Niat dihati nak mohon bantuan baitulmal. Jadi aku pun pergi la ke kaunter untuk memohon. malangnya, zakat pelajaran tidak lagi diberikan kepada pemohon yang belajar secara separuh masa. Ya Allah, dugaan apakah ini. Boleh ke nak kumpul duit sendiri ni... :(

4. Bila dah start kelas pastinya akan kena beli buku. Beli-beli jugak jadi aku pun pergi la nak amik baucar buku. Bila dah sampai giliran katanya nama takde dalam senarai. aik... pergi unit kewangan, rupa-rupanya baucar buku sem ni tak dapat sebab tak termasuk dalam belanjauan tahunan... hahhhh macam tu rupanya...almaklumla masa zaman dip dulu takde baucar buku bagai. Dugaan lagi...

5. Masa aku cari buku pun 1 hal...dari klang, s.alam, KL, KLCC semua aku cari tapi katanya stok habis dan akan sampai hujung bulan april. apa?? macam mana nak belajar ni...sampai rasa serabut dah fikir pasal buku..akhirnya 1 hari aku buat panggilan lagi dekat kedai buku di shah alam. Alhamdulillah katanya ada 20 unit buku yang dipulangkan oleh pensyarah. Alhamdulillah..alhamdulillah...trmksh Allah. akhirnya 3 buku dah selamat dibeli dengan duit gaji..alhamdulillah terima kasih Allah. Harga pun nampak gaya jauh beza dari yang kawan-kawan aku beli dekat kedai luar. Alhamdulillah jimat sikit.

6. Berbalik pada permohonan pembiayaan pendidikan. Aku buat keputusan nak mohon pinjaman PTPTN. Syarat-syarat perlu buka akaun SSPN-i...dulu pun takde benda alah ni..hehe aku dah buat, nasib baik boleh bayar serendah RM20. Aku mohon la semalam secara online, tapi ada lagi halangan...akaun bank islam aku tak adaaaaaa.. haishhh, nak buat boleh...tapi duit lagi. Ntah berapa la pihak bank kenakan bagi kemasukan pembukaan akaun baru. nanti la..aku tunggu gaji bulan 4 ni aku buat.

Kesimpulannya, persediaan tu memang penting. Tak kira dari segi kewangan mahupun fizikal dan mental. rasa hati nak menjerit tengok semua ni...tapi aku fikir aku bukan budak-budak lagi macam zaman dip dulu. Sekarang dah besar dan lebih matang nak hadapi hari-hari mendatang. Jadi aku kena kuat. Aku kena tempuh sebab aku yang pilih jalan ni. Nak majukan diri kenalah buat sikit pengorbanankan. Doakan aku berjaya sehingga menggenggam segulung ijazah ye Allah. Berkati dan rahmati Aku Allah. Restukan aku untuk menyambung pengajian.

Terima kasih Allah. :)




Monday, June 1, 2015

Terjatuh...sekian kali

Assalamualaikum...
(senyum)
Ye...dah 2 bulan setgh aku keje tempat baru..
Setakat ni, alhamdulillah..Allah swt sentiasa bersamaku dan sentiasa mempermudahkan urusanku..membantuku dalam susah dan senang.. :)
Terima kasih Allah..

Dan dah 3 bulan lebih aku meninggalkan pejabat lama..
yang masih aku kenang sehingga sekarang..
yang masih aku bantu dengan izin Allah swt memberi daya ingatan yang baik kepadaku terhadap kerja-kerja lamaku...Alhamdulillah Allah :)

Ye..dan dah 3 bulan lebih juga kami masih berhubung 
antara 1 sama lain atas dasar keje.
Cuma kadang-kadang je merepek dan tersasar sedikit..tp kemudian balik ke treak asal.

Tipu kalau kata tak rindu..
sebabnya dia adalah orang yang paling berat hati aku nak tinggalkan 3 bulan lepas..
Allah swt saksi segalanya, bagaimana dan apa yang aku rasa 
pada malam terakhir perpisahan itu...
Memang susah nak tinggalkan sesuatu yang kita rasa dah seperti hak kita..
walhal aku lupa yang segalanya adalah milik yang Maha Pencipta..
Kita dipinjamkan sahaja..dan tiba masa perlu dipulangkan kembali..

Kehidupan dalam 2 bulan terawal perpisahan adalah 
kehidupan yang ku anggap kehidupan yang masih tidak terancam,
sehinggalah lebih kurang dalam bulan ketiga, 
perasaan pada hubungan ini diancam oleh sesuatu..
sesuatu yang entah mana datangnya..tiba-tiba membuat persinggahan sementara
lalu mahu terus melabuhkan sauhnya..
Dan aku yakin, dia sudah pun berjaya melabuhkan sauhnya ke dasar hati itu..

Aku masih keliru..
bagaimana semuanya boleh jadi secepat itu..

Laluan manakah yang dia gunakan..
sehingga aku yang telah melalui keadaan jem yang teruk ini 
berjaya dipintas dengan begitu cepat sekali..
Allah...sakitnya 

Kenapa dia dan bukan aku..
Aku ini dianggap apa Ya Allah oleh dia..
Umpama menarik tali, layang ikut terbang seperti menari..
Bila layang tersangkut, dibiarkan terbiar di atas pokok..
Kemudian, ke kedai lagi mencari ganti..
Itu tidak adilkan..

Mungkin usahaku belum cukup ye Ya Allah untuk mendapatkan dia..
Tapi kenapa Ya Allah mesti dia yang dipilih..
Lama aku menunggu..
Lama aku menanti..
Aku ambil berat..
Aku seperti tak lengkap..
Sehari tiada seperti seminggu menghilang tanpa berita..
Aku sedih Ya Allah..
Aku sangat sedih..
Aku mengadu padaMu Allah..
Semoga ada sinar untukku
Semoga ada pengharapan untuk aku bersama dia..
Semoga diberi peluang untuk aku menjaga dia..
Mencintai dia..
Menyayangi dia..

Jangan guriskan hatiku Ya Allah..
Aku takut menghadapi kenyataan yang menyakitkan itu..
Semoga Kau membantuku Allah..
Maafkan aku Allah..
Kerana sudah terlalu menyayangi dia..

Semoga Kau senantiasa bersamaku Allah..
Aminn..

 
  


Thursday, March 19, 2015

New Posting

Lamanya aku dah tak update blog ni..
Malas betul rasanya sbb tulis diari lbh seronok..hihi

Untuk pos pertama bagi tahun 2015 ni, aku nak cerita tentang kerja baru aku sekarang.
Baru dinaikkan pangkat 23 Feb yg lepas dan baru posting tempat baru 13 Mac lepas.
Dulu masa belum naik pangkat mmg xsabar-sabar bila la nak dapat naik pangkat.
Rasa dah xlalu betul nak buat keje kat tempat lama tu. Rasa xsabar sangat nak keluar, nak biarkan dorang rasa pulak apa yang aku rasa selama ni masa dkt situ. Macam2 yang aku keluhkan.
Konon tension sangat la itu ini.

Tapi...
(Sedih pulak rasanya nak sambung...)

Bila dah kat tempat baru ni, betapa aku rinduuuuuu sangat nak ke tempat lama...terlalu rindu dengan kerja lama...terlalu rindu dengan suasana tempat lama....teramat rindu dengan kawan2 dekat tempat lama...bergelak ketawa dan bercerita bersama..... sampai aku rasa menyesal pulak sebab banyak komplen dulu...terlalu banyak komplen...dan tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada aku masa tu....

(sedih....)

Sekarang nak menyesal pun tak berguna...nak sangat naik pangkatkan...nak sangat keluar dari tempat tu kan...ha sekarang ambik... bangun pagi pukul 5, keluar rumah 5.30...sampai rumah bila balik pukul 8...ha tgk...betapa merananya aku sekarang bila keluar dari tempat syurga itu...(sedih lagi)

Kalau dulu 7.30 baru gerak mandi....10 minit sblm pukul 8 baru gerak dari rumah....nak balik malam pun xde sape kisah...buat la keje sampai diri sendiri pun rasa seronok buat keje walaupun kadang2 komplen...belanja la berapa banyak pun duit gaji tu xrisau sangat sebab pergi keje xkeluarkan modal..boleh keluar2 hantar surat, sekurang2nya boleh release tansion sikit masa tu..boleh buat solat dhuha mohon rezeki dari Allah Yang maha Esa... tp skrg sma tu dah xde..

Ya Allah...
Semoga Kau kembalikan waktu keseronokan bekerja ku..
Jauhi aku dari mengeluh lagi tentang kerja ku Ya Allah..
Maafkan aku atas segala dosa2 ku yang dulu mahupun sekarang..
Tetapkanlah hatiku...tenangkanlah ia selalu...tabahkan ia seperti mana Kau telah berikan padaku sebelum ini Ya Allah..
Kurniakanlah aku cinta yang tidak berbelah bahagi ke atas kerja-kerja ku, setiap tugasan ku, rakan-rakanku mahupun pegawai atasanku Ya Allah.
Jangan Kau jadikan aku umatMu yang tidak bersyukur Ya Allah..
Ampunkah dosa-dosaku Ya Allah..
Ampunkah dosa-dosaku Ya Allah..
Ampunkah dosa-dosaku Ya Allah..
:'( :'( :'(

Maafkan aku rakan2 pejabat lama... :'(