CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 1, 2015

Terjatuh...sekian kali

Assalamualaikum...
(senyum)
Ye...dah 2 bulan setgh aku keje tempat baru..
Setakat ni, alhamdulillah..Allah swt sentiasa bersamaku dan sentiasa mempermudahkan urusanku..membantuku dalam susah dan senang.. :)
Terima kasih Allah..

Dan dah 3 bulan lebih aku meninggalkan pejabat lama..
yang masih aku kenang sehingga sekarang..
yang masih aku bantu dengan izin Allah swt memberi daya ingatan yang baik kepadaku terhadap kerja-kerja lamaku...Alhamdulillah Allah :)

Ye..dan dah 3 bulan lebih juga kami masih berhubung 
antara 1 sama lain atas dasar keje.
Cuma kadang-kadang je merepek dan tersasar sedikit..tp kemudian balik ke treak asal.

Tipu kalau kata tak rindu..
sebabnya dia adalah orang yang paling berat hati aku nak tinggalkan 3 bulan lepas..
Allah swt saksi segalanya, bagaimana dan apa yang aku rasa 
pada malam terakhir perpisahan itu...
Memang susah nak tinggalkan sesuatu yang kita rasa dah seperti hak kita..
walhal aku lupa yang segalanya adalah milik yang Maha Pencipta..
Kita dipinjamkan sahaja..dan tiba masa perlu dipulangkan kembali..

Kehidupan dalam 2 bulan terawal perpisahan adalah 
kehidupan yang ku anggap kehidupan yang masih tidak terancam,
sehinggalah lebih kurang dalam bulan ketiga, 
perasaan pada hubungan ini diancam oleh sesuatu..
sesuatu yang entah mana datangnya..tiba-tiba membuat persinggahan sementara
lalu mahu terus melabuhkan sauhnya..
Dan aku yakin, dia sudah pun berjaya melabuhkan sauhnya ke dasar hati itu..

Aku masih keliru..
bagaimana semuanya boleh jadi secepat itu..

Laluan manakah yang dia gunakan..
sehingga aku yang telah melalui keadaan jem yang teruk ini 
berjaya dipintas dengan begitu cepat sekali..
Allah...sakitnya 

Kenapa dia dan bukan aku..
Aku ini dianggap apa Ya Allah oleh dia..
Umpama menarik tali, layang ikut terbang seperti menari..
Bila layang tersangkut, dibiarkan terbiar di atas pokok..
Kemudian, ke kedai lagi mencari ganti..
Itu tidak adilkan..

Mungkin usahaku belum cukup ye Ya Allah untuk mendapatkan dia..
Tapi kenapa Ya Allah mesti dia yang dipilih..
Lama aku menunggu..
Lama aku menanti..
Aku ambil berat..
Aku seperti tak lengkap..
Sehari tiada seperti seminggu menghilang tanpa berita..
Aku sedih Ya Allah..
Aku sangat sedih..
Aku mengadu padaMu Allah..
Semoga ada sinar untukku
Semoga ada pengharapan untuk aku bersama dia..
Semoga diberi peluang untuk aku menjaga dia..
Mencintai dia..
Menyayangi dia..

Jangan guriskan hatiku Ya Allah..
Aku takut menghadapi kenyataan yang menyakitkan itu..
Semoga Kau membantuku Allah..
Maafkan aku Allah..
Kerana sudah terlalu menyayangi dia..

Semoga Kau senantiasa bersamaku Allah..
Aminn..

 
  


No comments:

Post a Comment